Kerjaya pengurus Ruud_Gullit

Chelsea

Pada musim panas 1996, selepas Glenn Hoddle meninggalkan Chelsea untuk menjawat jawatan sebagai pengurus pasukan kebangsaan England, Gullit dilantik sebagai pemain-pengurus sekali gus menjadi orang Belanda pertama mengendalikan pasukan Liga Perdana Inggeris. Pada musim pertamanya di Chelsea, beliau membawa Chelsea meraih Piala FA Inggeris pada tahun 1997, kejuaraan utama pertama kelab dalam tempoh 26 tahun. Ia turut diikuti Chelsea menghuni tempat keenam dalam Liga Perdana Inggeris.

Pada musim berikutnya, Chelsea menduduki tempat kedua liga dan melangkah ke peringkat suku akhir dalam saingan piala domestik namun Gullit dipecat. Kononnya Gullit mempertikaikan tindakan kelab membayar pampasan kepadanya. Beliau digantikan oleh Gianluca Vialli, yang seterusnya membawa Chelsea ke Piala Juara-Juara UEFA dan melakar kejayaan dalam Piala Liga Inggeris pada baki musim. Perlawanan terakhir Gullit sebagai seorang pemain Chelsea pada perlawanan separuh akhir Piala Liga Inggeris menentang Arsenal sebelum dipecat untuk menghadapi perlawanan separuh akhir kedua.

Newcastle United

Pada Ogos 1998, beliau menjawat jawatan sebagai pengurus baru Newcastle United untuk menghadapi musim baru dan lebih-lebih lagi, Newcastle akan melangkah ke liga baru. Penyokong mula hilang kepercayaan terhadap Gullit selepas beliau mencatat beberapa keputusan teruk serta penyerang kesukaan peminat, Alan Shearer dan kapten Robert Lee tidak diletakkan dalam senarai utama dalam pasukan Gullit. Pada perlawanan antara Newcastle dan pendatang baru ke Liga Perdana, Sunderland, Gullit meletakkan pasangan penyerang seperti Alan Shearer dan Duncan Ferguson di bangku simpanan dan berkesudahan Newcastle tewas 2-1. Gullit meletak jawatan tiga hari kemudian dan perlawanan kelima pada musim 1999-2000.

Feyenoord

Sebelum bermulanya musim 2004–05, beliau menjadi pengenali Feyenoord. Pada musim pertamanya, Gullit tidak mempamerkan prestasi baik dan juga tidak memenangi sebarang trofi lalu beliau digantikan oleh Erwin Koeman. Feyenoord melalui musim mengecewakan apabila sekadar di tempat keempat liga di belakang Ajax, PSV dan AZ.

Los Angeles Galaxy

Pada 8 November 2007, Gullit menjadi ketua jurulatih Los Angeles Galaxy dan menandatangani kontrak tiga tahun. Bayaran 2 juta dolar Amerika setahun menjadikan Gullit sebagai jurulatih termahal di kalangan jurulatih-jurulatih MLS lain. Gullit dibawa masuk untuk menggantikan Frank Yallop.

Pada mulanya, Gullit tidak dapat menyesuaikan diri dengan Major League Soccer yang sedikit berbeza. Selepas tewas 0–4 pada perlawanan pembukaan, Gullit bertengkar dengan pemain tengah, Peter Vagenas yang mengkritik jurulatihnya kerana mengabaikannya semasa menjalani latihan.

Pada musim itu juga, Gullit turut bertentang dengan hampir setiap pemain terutamanya Landon Donovan dan Abel Xavier yang mengkritik cara pengurusan orang Belanda itu dan mendakwa jurulatih dari Belanda tidak menghormati hampir semua pemain. Akhirnya pada 11 Ogos 2008, Gullit meletak jawatan sebagai jurulatih LA Glaxy dengan alasan peribadi. Ia berikutan tujuh perlawanan tanpa kemenangan berturut-turut.

Terek Grozny

Pada 18 Januari 2011, FC Terek Grozny mengumumkan Gullit telah bersetuju untuk menandatangani kontrak satu tahun setengah bersama kelab Rusia itu. Gullit akhirnya dipecat oleh kelab pada 4 Jun 2011 dengan hanya memenangi tiga perlawanan sebagai pengurus Terek.

Statistik

Termasuk kesemua perlawanan kompetitif liga (liga dan piala domestik) dan perlawanan antarabangsa (termasuk persahabatan).

PasukanNegaraTahunRekod
BPMSKMenang %
Chelsea1996–1998&&&&&&&&&&&&&083.&&&&&083&&&&&&&&&&&&&041.&&&&&041&&&&&&&&&&&&&018.&&&&&018&&&&&&&&&&&&&024.&&&&&024&&&&&&&&&&&&&049.40000049.40
Newcastle United1998–1999&&&&&&&&&&&&&052.&&&&&052&&&&&&&&&&&&&018.&&&&&018&&&&&&&&&&&&&014.&&&&&014&&&&&&&&&&&&&020.&&&&&020&&&&&&&&&&&&&034.62000034.62
Feyenoord2004–2005&&&&&&&&&&&&&042.&&&&&042&&&&&&&&&&&&&023.&&&&&023&&&&&&&&&&&&&&06.&&&&&06&&&&&&&&&&&&&013.&&&&&013&&&&&&&&&&&&&054.76000054.76
LA Galaxy2007–2008&&&&&&&&&&&&&019.&&&&&019&&&&&&&&&&&&&&06.&&&&&06&&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05&&&&&&&&&&&&&&08.&&&&&08&&&&&&&&&&&&&031.58000031.58
Terek Grozny2011&&&&&&&&&&&&&013.&&&&&013&&&&&&&&&&&&&&03.&&&&&03&&&&&&&&&&&&&&03.&&&&&03&&&&&&&&&&&&&&07.&&&&&07&&&&&&&&&&&&&023.&8000023.08
Jumlah kerjaya&&&&&&&&&&&&0209.&&&&&0209&&&&&&&&&&&&&091.&&&&&091&&&&&&&&&&&&&046.&&&&&046&&&&&&&&&&&&&072.&&&&&072&&&&&&&&&&&&&043.54000043.54

Rujukan

WikiPedia: Ruud_Gullit http://www.fifa.com/fifa-tournaments/players-coach... http://www.fifa.com/worldcup/news/newsid=556554.ht... http://www.goldenfoot.com/legends.php?l=en http://www.rsssf.com/miscellaneous/bestbest.html http://www.rsssf.com/players/ec1winningsquads.html http://us.soccerway.com/players/rudi-dil-gullit/10... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p074992481 http://www.voetbalstats.nl/nedxi/sp174.html http://isni.org/isni/000000011647863X